Wednesday, February 27, 2019

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Terliur tengok kek coklat?? Jangan risau senang je nak buat...saya nak kongsikan resepi kek coklat kukus dengan sukatan cawan..senang kan?? Lepas ni sape2 pun boleh buat..Firstime buat rase teruja sangat..tengok kek coklat yang jadi kegilaan ramai orang terhasil dari air tangan sendiri....Pernah sekali saya buat kek ni untuk kawan-kawan kerja..bayangkan tak sampai 10 minit habis...siap suruh buatkan lagi ..Sangat berbaloi rasanya apabila melihat kawan-kawan , anak-anak menjlat jari dan mengulang makan kek yang saya buat....
Anda bagaimana?? sape yang tak pernah buat boleh la cuba sekarang....rugi tau kalau tak cuba...sedap sangat !!


bonda2.blogspot.com


Bahan - bahan

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu pekat

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda 

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh esen vanilla

3 biji telur


Cara - cara

1. Masukkan serbuk koko , gula , minyak dan susu ke dalam periuk dan panaskan atas api yang kecil..kacau sebati dan biarkan sejuk

2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan bahan yang dipanaskan tadi bersama esen vanilla..kacau sebati

3. Masukkan tepung , soda dan baking powder..kacau lagi hingga sebati

4. Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam 10 min dengan api sederhana (pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan adunan kek)

5. Angkat dan boleh la letak topping ikut citarasa masing2


Bahan - bahan untuk topping

1/2 tin susu pekat

1/2 cawan serbuk koko

sedikit butter

sedikit susu segar / cair secukupnya

kacau semua bahan secara double boil atas api kecil hingga pekat berkilat



*lebih sedap dimakan bila sudah disejukkan dalam peti sejuk..selamat mecuba!!*

Tuesday, February 26, 2019

Kek Butter Gebu Hanya Guna 4 Bahan

Kek butter atau kek mentega selalunya dikaitkan dengan kek kegemaran mak mak sebab kek paling senang nak buat...kek mentega selalunya dihidang waktu minum petang bersama keluarga..mungkin kerana bahan-bahannya yang sikit dan cara membuatnya yang senang..

Hanya dengan 4 bahan utama tapi hasilnya sangat2 memuaskan hati...gebu dan sedap! Sesiapa yang baru nak belajar buat kek boleh la cuba resepi ni...hasilnya nanti memang tidak menghampakan



Bahan - bahan

1 cawan butter atau marjerin

1 cawan gula halus

4 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen vanilla


Cara - cara

1. Putar mentega bersama gula dan esen vanilla hingga mentega bertukar warna putih

2. Kemudian masukkan telur satu persatu

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik

4. Bakar suhu 180`c selama 40 minit (bergantung pada oven) guna api atas bawah



Monday, February 25, 2019

Ayam Kicap Simple dan Sedap


Ayam masak kicap adalah resepi yang sangat mudah dan ringkas...sesiapa pun boleh belajar masak resepi ni....nak masak pun tak lama...sesiapa yang makan juadah yang enak ni pasti makan bertambah2....selalunya bila saya masak ayam masak kicap ni mesti saya akan masak nasi lebih..kalau tak memang tak cukup..sape yang pernah mencuba mesti tau rasanya mmg sedap..kepada yang belum pernah mencuba boleh la try masak resepi ni di rumah...


Bahan - bahan

1.  1/2 ekor ayam (digoreng)

2.  1 biji bawang besar (ditumbuk)

3.  3 ulas bawang putih (ditumbuk)

4.  1/2 inci halia (ditumbuk)

5.  1 batang kayu manis

6.  1 bunga lawang

7.  1 batang serai (diketuk)

8.  1 senduk cili kisar

9.  Kicap manis secukup rasa

10. Sos cili secukup rasa


Cara - cara

1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan kunyit dan gorengkan

2. Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama serai hingga naik bau

3. Masukkan cili kisar , kulit kayu manis dan bunga lawang..tumis hingga pecah minyak

4. Masukkan kicap dan sos..jika terlalu pekat tambahkan sedikit air

5. Boleh masukkan kentang kalau suka, biarkan kentang lembut

6. Setelah kentang sudah lembut masukkan ayam , bawang dan cili padi untuk hiasan..biarkan sekejap atas api


Untuk hiasan boleh tambahkan beberapa bahan

- bawang besar (dipotong bulat)

- cili padi 4-5 biji

Puding Roti Karamel


Assalamualaikum semua....Hari ni saya nak kongsikan resepi puding roti karamel yang lembut dan paling sedap...sape yang dah merasa mesti rasa nak lagi kan sebab puding ni mmg sedap dan rasa tak cukup2...Pada kawan2 yang belum mencuba boleh la mencubanya..saya jamin lepas ni mesti nak buat lagi..lagi dan lagi...ok jom kita lihat bahan2 yang diperlukan....

puding roti karamel

Bahan - bahan

1.  3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus

2.  4 keping roti 

3.  3 biji telur gred A 

4.  1 cawan air suam

5.  1 cawan susu cair

6.  1/2 cawan susu pekat

7.  1 sudu kecil esen vanilla


Cara - cara

1.  Masak gula sampai warna perang dan masukkan 1 sudu air panas guna api kecil dan tuang dalam loyang..ketepikan

2.  Panaskan pengukus..carik2 kan roti kemudian blander bersama air suam dan susu

3.  Selepas itu masukkan telur dan esen vanilla dan blander sekejap bagi sebati

4.  Tuang adunan ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukus selama 40 minit hingga 1 jam

5.  Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais sekejap..bila dah agak2 sejuk sikit boleh la dipotong dan dihidangkan

Monday, February 11, 2019

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • Anggaran 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 2 biji bawang besar
    • 2 inci halia
    • 6-8 biji bawang merah
    • 8-10 ulas bawang putih
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.