Assalamualaikum semua....Hari ni saya nak kongsikan resepi puding roti karamel yang lembut dan paling sedap...sape yang dah merasa mesti rasa nak lagi kan sebab puding ni mmg sedap dan rasa tak cukup2...Pada kawan2 yang belum mencuba boleh la mencubanya..saya jamin lepas ni mesti nak buat lagi..lagi dan lagi...ok jom kita lihat bahan2 yang diperlukan....
 |
| puding roti karamel |
Bahan - bahan
1. 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
2. 4 keping roti
3. 3 biji telur gred A
4. 1 cawan air suam
5. 1 cawan susu cair
6. 1/2 cawan susu pekat
7. 1 sudu kecil esen vanilla
Cara - cara
1. Masak gula sampai warna perang dan masukkan 1 sudu air panas guna api kecil dan tuang dalam loyang..ketepikan
2. Panaskan pengukus..carik2 kan roti kemudian blander bersama air suam dan susu
3. Selepas itu masukkan telur dan esen vanilla dan blander sekejap bagi sebati
4. Tuang adunan ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukus selama 40 minit hingga 1 jam
5. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais sekejap..bila dah agak2 sejuk sikit boleh la dipotong dan dihidangkan
No comments:
Post a Comment